Nor Hasimah Ismail (1), Julizayati Shukor (2)
Modal insan ialah modal yang digagaskan bagi menjana suatu kerja yang dilihat sebagai aset penting dalam sesebuah negara. Aset ini penting dalam memastikan masyarakat yang lahir adalah masyarakat yang mampu memberi sumbangan kemajuan kepada sesebuah negara. Kemajuan ini mencakupi semua aspek sama ada aspek rohaniah dan lahiriah. Objektif kertas kerja ini dibuat ialah bagi membincangkan sumbangan 25 orang tokoh dalam pelbagai yang boleh dianggap sebagai penyuntik dalam melahirkan modal insan rakyat Malaysia. Semua tokoh yang diutarakan ini memberi banyak sumbangan dan jasa kepada agama bangsa dan negara. Sumbangan yang diberikan termasuklah dalam bidang kesusasteraan, media massa dan pembangunan politik. Nilai-nilai murni melalui deskripsi yang diberikan tentang setiap tokoh mampu membantu dalam pembinaan modal insan rakyat khususnya golongan muda. Insan yang terbangun jiwanya haruslah berlandaskan nilai-nilai murni seterusnya membantu membangunkan peradaban manusia.
Talib Samat. (2013). Kenali Tokoh Berjasa Jilid 2. Perak: Penerbit Mentari.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Napiah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_Majod
http://ms.wikipedia.org/wiki/Awang_Had_Salleh
http://ms.wikipedia.org/wiki/Usman_Awang
http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info