PENGGUNAAN KAEDAH “LADDER” BERBANTUKAN ICT DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PENAMBAHAN DENGAN MENGUMPUL SEMULA
USING THE “LADDER” TECHNIQUE ASSISTANT OF ICT IN SOLVING ADDITIONAL PROBLEMS BY COLLECTING
Abstract
Konsep penambahan merupakan antara konsep asas yang paling penting dalam mata pelajaran matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah. Namun, kebanyakan murid tidak memahami bagaimana proses penambahan dengan mengumpul semula. Tujuan kajian ini adalah untuk menguji sejauh mana kaedah ladder dengan bantuan ICT dalam meningkatkan penguasan murid dalam melakukan operasi penambahan dengan mengumpul semula. Penilaian terhadap keberkesanan kaedah ladder dengan bantuan ICT telah dibuat dengan menggunakan kaedah kajian kuantitatif dengan ujian pra dan ujian pos. Seramai lapan orang murid telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Hasil analisis data statistik mendapati bahawa terdapat peningkatan peratus penguasaan sehingga 80 % selepas ujian pos. Purata peratus peningkatan pula menunjukkan sebanyak 62.5% bagi kesemua responden. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah Ladder berbantukan ICT sangat berkesan sebagai kaedah alternatif untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi penambahan dengan mengumpul semula dalam lingkungan 10 000.
Downloads
References
Hwa, C. K. (2005). Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2005, 1989, 138–146.
Mahpop, H. Bin, & Sivasubramaniam, P. (2010). Addition of whole numbers with regrouping using the “Soroban.” Procedia - Social and Behavioral Sciences, 8(5), 50–56. http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.12.007
Mohd Ariffin Abdul Latif. (2015). Abad Ke-21. Pendidikan Daerah Johor, 71.
Nik Yusof, N. M. R., Abdul Wahab, B., & Mahamod, Z. (2011). Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. In Z. Mahamod & S. N. Latiff (Eds.), Transformasai dan Inovasi dalam Pendidikan (pp. 351–358). Bangi: Awal Hijrah Enterprise.
Santos, E. P. D. L., & Patton, B. A. (2016). Using Concrete and Abstract Models to Help a Special Needs Third Grader Master Whole Number Addition, 5(1), 800–806.
Hwa, C. K. (2005). Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2005, 1989, 138–146.
Mahpop, H. Bin, & Sivasubramaniam, P. (2010). Addition of whole numbers with regrouping using the “Soroban.” Procedia - Social and Behavioral Sciences, 8(5), 50–56. http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.12.007
Mohd Ariffin Abdul Latif. (2015). Abad Ke-21. Pendidikan Daerah Johor, 71.
Nik Yusof, N. M. R., Abdul Wahab, B., & Mahamod, Z. (2011). Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. In Z. Mahamod & S. N. Latiff (Eds.), Transformasai dan Inovasi dalam Pendidikan (pp. 351–358). Bangi: Awal Hijrah Enterprise.
Saracho, O. (2012). Creativity theories and related teachers’ beliefs. Early Child Development and Care, 182(1), 35–44.
Copyright (c) 2016 Mohd Nor Amri bin Mohd Nasir, Effandi Zakaria
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.