KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN ASPEK PEMILIHAN KATA DALAM LIRIK DAN KESESUAIAN ELEMEN MUZIK
THE ADVANTAGES AND VALUE OF PATRIOTIC SONG BASED ON ASPECTS OF WORD SELECTION IN LYRICS AND MUSICAL ELEMENTS
Abstract
Lagu-lagu patriotik dilihat sebagai salah satu jambatan penghubung ke arah manifestasi pengkarya dalam merealisasi dan memupuk semangat ini ke jiwa pendengar. Penghasilan lagu patriotik menuntut para pengkarya untuk melihat dengan jelas kepentingan memartabatkan lagu-lagu ini agar jelas akan maksud dan tujuan asal ciptaannya. Berpaksikan saranan ini, satu anjakan paradigma perlu diketengahkan bagi meninjau aspek pemilihan kata berteraskan “Kata Adjektif” dalam lirik/senikata lagu patriotik serta elemen muzik yang melatarinya sehingga mampu merangsang motivasi serta perasaan semangat patriotik di jiwa pendengar. Dalam erti kata yang lain, kertas kerja ini bertujuan melihat kekuatan kata dalam menyuntik semangat patriotik dalam kalangan setiap bangsa Malaysia. Penyesuaian ciptaan lagu patriotik perlu diambil kira memandangkan generasi hari ini mempunyai mentaliti yang jauh berbeza dengan generasi terdahulu. Pun begitu, keutuhan nilai-nilai berkaitan patriotisme tidak sesekali dipinggirkan bagi memastikan sebuah karya patriotik yang unggul masih lagi releven sehingga kini. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, sejumlah 78 buah lagu-lagu berkonsepkan “Patriotik” yang terdapat Malaysia bermula sebelum dan sesudah merdeka hinggalah ke hari ini dianalisis liriknya menggunakan kaedah pautan AntConc. Seterusnya leksikal utama (Kata Adjektif) mengikut jumlah kekerapan dikategorikan berdasarkan fokus kajian iaitu kekuatan golongan Kata Adjektif dalam lirik lagu patriotik. Golongan kata yang ditemui kemudiannya dikelaskan mengikut kesesuaian tema nilai berkaitan patriotisme di Malaysia iaitu 1. Cinta, Setia dan Semangat, 2. Taat Setia Kepada Raja dan Negara, dan 3. Sanggup Bekorban Untuk Negara. Kajian ini seterusnya diperluaskan skopnya dengan menganalisis dari segi elemen muzik melalui pemilihan kunci nada (Major/Minor) serta “Tempo” (ukuran kelajuan laju @ bpm). Kaedah ini penting bagi memperlihatkan kesan terhadap suasana (Mood) yang melatari ciptaan lagu patriotik. Pada akhir analisis ini, kajian berjaya menunjukkan keunggulan dan kreadibiliti lagu-lagu patriotik di Malaysia. Lagu Patriotik masih lagi dianggap releven dan tidak jauh tersasar dari maksud dan tujuan asal lagu tersebut digubah.
Downloads
References
Abd Rahim Abd Rashid. (2004). Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Ahmad Fawzi Mohd. Basri. (2002). Patriotisme dan Ketahan Nasional: Satu Pandangan Tentang Kesignifikannya Sebagai Agenda Negara. Kertas Kerja dibentangkan di Kongres Patriotisme Negara, di Institut Latihan Keselamtan Sosial KWSP, anjuran Biro Tatanegara dan Universiti Utara Malaysia, Bangi pada 22-28 Oktober 2002.
Copland, A. (1952). Music and imagination. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Clark, D. M., & Teasdale, J. D. (1985). Constraints on the effects of mood on memory. Journal of Personality and Social Psychology, 48, 1595–1608.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2016). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Pengarang.
Gaston, E. T. (1951). Musical factors influencing social behavior. Kansas Welfare Digest, 10, 2-4.
Harnum, J. (2001). Basic music theory: How to read, write, and understand written music. North Chicago, Illinois: Sol-Ut.Press.
Husain, G., Schellenberg, E. G., & Thompson, W. F. (2002).Effects of Musical Tempo and Mode on Arousal, Mood, and Spatial Abilities. Music Perception,2, 151–171
Hunter, P. G., Schellenberg, E. G., & Schimmack, U. (2008). Mixedaffective responses to music with conflicting cues. Cognition and Emotion,22, 327–352.
Isfanhari, Musafir, & Nugroho, Widyo. (2000). Pengetahuan dasar musik. Surabaya : Dinas P dan K Propinsi Daerah Tingkat I Jawa Timur.
Kenealy, P. (1988). Validation of a music mood induction procedure: Some preliminary findings. Cognition & Emotion, 2, 41–48.
Lundin, R. W. (1967). An objective psychology of music. New York: The Ronald Press Company.
Michelle, H. (1996). The Effect of the Major and Minor Mode in Musicas a Mood Induction Procedure. Arts in Curriculum and Instruction. 13,
Martin, M. A., & Metha, A. (1997). Recall of early childhood memories through musical mood induction. Arts in Psychotherapy, 24, 447–454.
Mahat Jamal (2015). Semangat patriotisme melalui lagu-lagu patriotik: Kajian persepsi beberapa orang belia di kota kinabalu, sabah. Jurnal
Komunikasi Borneo, 60.
Mudjilah, Hana Sri. Teori Musik 1. Yogyakarta:Universitas Negeri Fakultas Bahasa Dan Seni.
Nordin Kardi. 2003. Konsep patriotisme. darihttp://www.btn.gov.my/kp.
Nazri Muslim, &Jamsari Alias. (2004) Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di MalaysiaIn: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004).
Parrott, W. G., & Sabini, J. (1990). Mood and memory under natural conditions: Evidence for moodincongruent recall. Journal of Personality and Social Psychology, 59, 321–336.
Patrick G. H., Glenn S., & Ulrich S, (2010). Feelings and Perceptions of Happiness and Sadness Induced by Music: Similarities, Differences, and Mixed Emotions. Psychology of Aesthetics, Creativity, and the Arts.1, 47–56
Schoen, M. (1940). The Psychology of Music: A Survey for Teacher and Musician. New York: The Ronald Press Company.
Thompson, W. F., Schellenberg, E. G., & Husain, G. (2001). Arousal, mood, and the Mozarteffect. Psychological Science, 12, 248–251.
Totten B. Patriotisme of Post War Japanese (Part 2). 1998. http://www.billtotten.com.
Wan Zahid Wan Nordin. 1993. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Wikipedia, ensiklopedia bebas. Capaian Oktober 2016, dari https://id.wikipedia.org/wiki/Tangga_nada
Copyright (c) 2016 Mohammad Haris Abd Azis
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.