PELUASAN MAKNA PAYUNG DALAM KALANGAN PENGGUNA BAHASA MELAYUBERDASARKAN ANALISIS SEMANTIK KOGNITIF


EXPLANATION OF THE MEANING OF UMBRELLA IN MALAYU LANGUAGE USERS BASED ON COGNITIVE SEMANTIC ANALYSIS


  • (1) * Nor Fazilah Noor Din            Kementerian Pelajaran Malaysia  
            Malaysia

    (*) Corresponding Author

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti fenomena peluasan makna kata yang terhasil kesan kekreatifan pengguna bahasa memanipulasi pengguna sesuatu kata.  Dengan menjadikan teori semantik kognitif sebagai sandaran, kajian ini telah meneliti peluasan makna kata payung yang digunakan dalam pelbagai keadaan sehingga menyerlahkan makna baharu yang berpotensi untuk didokumentasikan dalam kamus umum seperti Kamus Dewan.  Kaedah analisis yang digunakan ialah kaedah analisis teks yang telah diperbaharui dengan elemen linguistik terkomputasi (linguistik korpus). Melalui kaedah ini, pengkaji telah menganalisis penggunaan kata payungyang diperoleh dari pangkalan dataWebCorp (dengan jumlah sebanyak 437 kata) dan dari pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak 117 045 kata.  Berdasarkan status sumber, kata payungyang diperoleh dari pangkalan dataWebCorp diambil daripada pelbagai sumber dengan carian .my (lingkungan carian Malaysia), khususnya di laman sosial (carian google, Facebookblogspot dll), manakala kata payungyang diperoleh dari pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka pula diambil daripada subkorpus akhbar, buku, majalah,  teks sasteradan kertas kerja.  Berdasarkan selisikan, makna sebenar payung  ialah alat bertangkai yang biasanya dibuat daripada kain, kertas dan sebagainya yang dipasang pada kerangka boleh lipat untuk melindungi seseorang atau sesuatu daripada terkena hujan atau panas matahari dan juga digunakan sebagai alat kebesaran raja (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).Namun kini,  maknakata payung telah meluas kepada makna baharu yang jauh menyimpang dari makna asal. Berdasarkan dapatan kajian, kata “payung” telah mengalami peluasan makna kepada makna baharu iaitu (i)  belanja, (ii) tunjuk, (iii) intai dan (iv) konsep pemasaran bersepadu. Melalui kajian ini, makna payung berdasarkan penggunaan semasa dapat difahami dengan lebih jelas dan berpada.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Darwis Harahap. (1994). Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Helmi. (2004). Sistem sokongan bagi perniagaan kecil. Diakses pada 6 Disember 2015 daripada http://pts.com.my/berita/sistem-sokongan-bagi-perniagaan-kecil

Ibrahim Ahmad . (2002). Perkamusan Melayu : Satu pengenalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jumahira Nurdin. (2010). Perdagangan E-Learning . Tingkatan 4, Bab 5, Industri Kecil danSederhana (IKS). Diakses pada 6 Disember 2015 daripada http://perdaganganazmieira.blogspot.my/2010/10/tingkatan-4-bab-5.html

Kamus Dewan (edisi ketiga). (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslin Masrom. (2015, November). Promosi bahasa di alam maya.Dewan Bahasa, 11, 9-12).

Mior Kamarul Shahid. (2015, Mac). Bahasa: Sejauh manakah media peduli?.Dewan Bahasa, 3, 8-10).

Mohd Riduwan Wahab. (2015, Mac). Media berkuasa “memukau” pengguna bahasa. DewanBahasa, 3, 2-3).

Norsimah Mat Awal. (2002). Dari buah yang lunak ke angin yang lunak : Analisis peluasan makna kata adjektif indera. Prosiding 2nd ASEAN Linguistik Asean, hal. 181-191.

Norsimah Mat Awal. (2000). Penuh, kecil dan besar :Analisis peluasan makna dari sudut teori prototaip. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Alaf Baru. Anjuran Jabatan UiTM pada 25 – 27 September 2000, anjuran Pusat Bahasa Universiti Teknologi MARA.

Nor Hashimah Jalaluddin, Mohammad Fadzeli Jaafar dan Harishon Radzi (Eds.). (2011).Kepelbagaian dimensi linguistik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kempson, R. M. (1991). Teori semantik bagi penterjemah(Zaiton Ab. Rahman, Trans.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salinah Ja’far. (2015, Mac). Media pembentuk acuan bahasa Melayu warga. Dewan Bahasa, 3, 4-7).

Zulkiefley Hamid, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman (Eds.). (2007). Linguistik Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Picture in here are illustration from public domain image (License) or provided by the author, as part of their works
Published
2016-10-30
 
How to Cite
Noor Din, N. F. (2016). PELUASAN MAKNA PAYUNG DALAM KALANGAN PENGGUNA BAHASA MELAYUBERDASARKAN ANALISIS SEMANTIK KOGNITIF. Proceedings of The ICECRS, 1(1), picecrs.v1i1.557. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.557