Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Universiti Utara Malaysia
Articles

BUGIS DI KEDAH 1600-1800: SUATU TINJAUAN AWAL
BUGIS IN KEDAH 1600-1800: AN EARLY OVERVIEW


Jasni Ahmad
Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Picture in here are illustration from public domain image or provided by the author, as part of their works
Published October 30, 2016
Keywords
  • Bugis,
  • pedagang,
  • keberanian,
  • penaklukan,
  • penempatan baharu
How to Cite
Ahmad, J. (2016). BUGIS DI KEDAH 1600-1800: SUATU TINJAUAN AWAL. Proceedings of The ICECRS, 1(1), picecrs.v1i1.579. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.579

Abstract

Suku Bugis merupakan satu kuasa pedagang besar pada abad ke-17 di Nusantara. Sehingga hari ini, kebanyakan raja-raja dan pemimpin besar di Malaysia adalah dari keturunan Bugis. Walaupun bilangan mereka tidaklah banyak tetapi mempunyai kuasa politik yang meluas. Mereka mempunyai falsafah hidup sendiri iaitu siri dan passe yang membuatkan mereka mempunyai jati diri yang tinggi. Siri adalah konsep dalam budaya orang Bugis  tentang kekuatan jati diri dan unsur malu yang berkaitan dengan maruah dan harga diri melalui kata-kata “lebih baik mati demi mempertahankan siri” dibandingkan dengan sebuah kehidupan yang tidak mempunyai siri Passe pula adalah kepercayaan yang berteraskan kesatuan rohani pada individu. Kekuatan ikatan persaudaraan dianggap sangat penting demi membela komuniti mereka. Kebanyakan orang Bugis diasuh dengan ilmu berdagang, belayar dan merantau sejak kecil. Falsafah merantau bagi mereka adalah berbekalkan konsep ‘tiga hujung,’ iaitu hujung lidah(diplomasi), hujung badik(perang) dan hujung kemaluan(perkahwinan). Terdapat banyak faktor yang menyebabkan orang-orang Bugis merantau di seluruh Nusantara. Antaranya adalah disebabkan penaklukan Belanda ke atas Sulawesi menyebabkan suku Bugis bergerak keluar mencari penempatan baharu. Daeng Relekek ialah salah seorang putera Bugis yang berhijrah telah membawa anak-anaknya iaitu Opu lima beradik merantau hingga ke Tanah Melayu sebelum beliau mangkat di Siantan. Opu lima bersaudara tersebut terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi. Mereka berjaya memperoleh tampuk pemerintahan di rantau Tanah Melayu dan mempunyai hubungan dengan kerajaan Kedah. Daeng Parani adalah abang yang sulung bagi adik-beradik tersebut. Beliau pernah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah dan mangkat di Kedah akibat peperangan. Melalui penyelidikan, makamnya dapat dikesan terdapat di kampung Lubok Ekor, Sidam dalam daerah Kulim. Di situ juga terdapat beberapa kelompok orang Bugis. Dianggarkan sekitar 500 keluarga mendiami sepanjang sungai Muda yang mengairi kampung tersebut. Dikatakan juga terdapat generasi ke-8 dan ke-7 keturunan Daeng Parani di pertempatan tersebut. Selain itu, terdapat juga kampung yang diberi nama Sintok Bugis berhampiran Kuala Muda, Kedah. Waktu serangan Bugis, dikatakan kampung tersebut digunakan untuk merawat pahlawan Bugis yang tercedera.

Downloads

Download data is not yet available.

References

  1. Andi Ima Kesuma. 2004. Migrasi & Orang Bugis. Yogyakarta: Penerbit Ombak
  2. Buyong Adil. 1980. Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  3. Ibrahim Ismail. 2008. Sejarah Kedah. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
  4. Rafiuddin Atkari Hj. Abdul Fattah. 2011. Penghijrahan Masyarakat Bugis Ke Alam Melayu: Kajian Kes Bugis Di Indragiri Hilir Riau. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia .
  5. Raja Ali Haji. 1965. Tuhfat al-Nafis, Sejarah Melayu dan Bugis. Singapura: Malaysia Publication Ltd.
  6. Siti Hawa Salleh. 1998. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
  7. Soehartoko. 1971. Merantau Bagi Orang Wajo’ Makassar: Ringkasan Penelitian, Pusat Latihan Penelitian Umu-IImu Sosial Universitas Hasanuddin. 1971.