NILAI MURNI DALAM BERMUKUN DAN BERGENDANG MASYARAKAT MELAYU SARAWAK
PURE VALUES IN BERMUKUN AND THE MALAY COMMUNITY OF SARAWAK
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan nilai murni dalam bermukun dan bergendang dalam masyarakat Melayu Sarawak. Tukang gendang yang dikendalikan oleh wanita akan berbalas pantun dengan penandak (penari) dalam kalangan lelaki melalui acara bermukun. Gendang dan biola merupakan antara instrumen muzik tradisional juga turut digunakan untuk menghasilkan melodi yang indah di samping alunan pantun-pantun yang disampaikan. Aktiviti bermukun dan bergendang merupakan antara warisan yang menjadi pengisian dalam aktiviti berbentuk hiburan suatu ketika dahulu. Kebiasaannya tradisi ini diadakan untuk memeriahkan lagi majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis berkhatan di kampung-kampung. Pantun-pantun yang dialunkan semasa aktiviti bermukun dan bergendang ini mempunyai peranan tertentu. Antaranya untuk berhibur, menyampaikan hasrat hati antara tukang gendang dan penandak serta menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada pendengar. Fenomena kurangnya dikenali dan dipraktikkan generasi baharu masyarakat Melayu Sarawak terhadap aktiviti bermukun dan bergendang memungkinkan acara ini akan berkubur dan hilang daripada pengetahuan generasi baharu bersama pantasnya arus perubahan globalisasi. Menyedariakan kepentingan aktiviti bermukun dan bergendang ini, maka satu kajian dilakukan berkaitan mesej dalam pantun bagi aktiviti bermukun dan bergendang bagi masyarakat Melayu Sarawak. Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti elemen nilai murni yang dijadikan wadah menyampaikan mesej dalam pantun yang disampaikan dalam aktiviti bermukun dan bergendang dalam masyarakat Melayu Sarawak. Kajian yang dilakukan ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan semakan dokumentasi. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa penggunaan nilai murni dalam pantun dapat dijadikan wadah mengungkapkan mesej sebagai pedoman hidup generasi masyarakat Melayu Sarawak. Mesej pantun tersebut dapat menjadi cerminan kepelbagaian budaya masyarakat Melayu Sarawak. Kajian tentang warisan budaya masyarakat Melayu Sarawak ini dapat didokumentasikan agar tidak lenyap ditelan zaman sekaligus dapat dijadikan pedoman hidup generasi baharu.
Downloads
References
Abg. Seruji Abg. Muhi. (2014). Nilai-nilai murni dalam pantun Sarawak. dlm. Jendela Sarawak, Bil. 34, 2014.
Abg. Seruji Abg. Muhi dan Hajah Sarbanun Marican. (2004). Himpunan Pantun Melayu Sarawak. Kuching, Sarawak: Yayasan Budaya Melayu Sarawak.
Bergendang dan Bermukun Dalam Masyarakat Melayu Sarawak oleh Mary Fatimah Subet dan Salbiah Hassan. Dicapai pada 23 Ogos 2014 daripada http://www.academia.edu/3211769/Bergendang_dan_Bermukun_Dalam_Masyarakat_Melayu_ Sarawak
Hazami Jahari. (2009). Kias dan ibarat dalam pantunMelayu: Nilai pendidikan dan teladan. Kertas kerja seminar.
Latifah Mohd. Sabli. (2009). Pantun Melayu Sarawak. Kuching, Sarawak: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.
Leech, Geoffrey, N., (1983). Principles of Pragmatics. London: Longman.
Pemikiran Cinta Bermukun Dalam Gendang Melayu Sarawak oleh Roselan Baki. Dicapai pada 23 Ogos 2014 daripada http://www.academia.edu/584651/Pemikiran_Cinta_Dalam_Gendang_Melayu_ Sarawak
Tuah Matnor dan Zaini Nyak Othman. (2002). Gendang Melayu Sarawak. Sarawak: Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak.
Copyright (c) 2016 Mohammad Syawal Narawi
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.