NILAI LEKSIS SAHABAT DAN KAWAN:ANALISIS PROSODI SEMANTIK BERBANTU DATA KORPUS
LEXIS VALUE OF FRIENDS AND FRIENDS: PROSODIC ANALYSIS OF SEMANTIC ASSISTANCE WITH CORPUS DATA
Abstract
Kawan atau sahabat merupakan antara insan yang sering dijadikan sebagai tempat untuk meluahkan rasa hati dan berkongsi suka duka. Kawan atau sahabat juga dikaitkan dengan mereka yang sering memerlukan antara satu sama lain ibarat aur dengan tebing. Dalam penggunaan seharian, kedua-dua leksis ini digunakan oleh penutur bahasa Melayu sama ada secara lisan atau tulisan. Pengguna bahasa juga seolah-olah telah menetapkan dalam minda bahawa leksis sahabat dan kawan berada dalam tata tingkat yang berbeza dengan meletakkan leksis sahabat lebih tinggi kedudukannya berbanding leksis kawan. Kebiasaannya leksis sahabat digunakan untuk merujuk kepada individu yang sangat istimewa dalam kehidupan mereka. Selain itu, leksis ini juga sering kali digunakan apabila merujuk kepada teman-teman Nabi Muhammad SAW. Manakala leksis kawan pula sering digunakan untuk merujuk kepada teman sebaya yang tidak terlalu rapat atau dikenali. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), kedua-dua leksis ini diletakkan secara setara. Leksis kawan didefinisikan sebagai sahabat, teman atau rakan, dan leksis sahabat pula diertikan sebagai kawan, teman atau taulan. Pendefinisian yang dibuat oleh kamus besar ini jelas tidak membezakan tata tingkat leksis-leksis tersebut bersesuaian dengan pemahaman dan penggunaannya dalam masyarakat. Kajian ini akan membuktikan bahawa wujudnya perbezaan tata tingkat kedua-dua leksis tersebut. Menggunakan pengkalan data korpus yang dibangunkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai alat untuk mendapatkan data, dan menggunakan teori prosodi semantik, leksis kawan dan sahabat akan diberikan penilaiannya.
Downloads
References
Abdullah Yusof. “Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Data Korpus Berkomputer” dlm Dewan Bahasa 2:6, hlm. 24-30, Jun 2002.
Dominic Stewart. (2010). Semantic Prosody A Critical Evaluation. New York: Routledge.
Hishamudin Isam, & Norsimah Mat Awal. (2012). Nilai Setia Dari Perspektif Prosodi Semantik: Analisis Berbantu Data Korpus. GEMA Online™ Journal of Language Studies 359 Volume 12(2), Special Section
Imran Ho Abdullah, & Hazimah Yusof.(2015). Produktiviti, Imbuhan Mem-.Memper-. Dan Memper-kan: Pendekatan Linguistik Korpus.Jurnal Bahasa Jilid 15 Bil. 1.
Kamus Dewan. Edisi Keempat. (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norwati Mohd Zain, & Hishamudin Isam. (2013). Siapa ‘Aku’? Analisis Blog Wanita dan Pengkid Berasaskan Pendekatan Prosodi Semantik. Jurnal Linguistik Vol. 17(2) hal.49–62.
Sinclair, J. (1991). Corpus, concordance, collocation: Describing English language. Oxford: Oxford University Press.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (1997). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Copyright (c) 2016 Azman Mat Ripin, Mohamad Syawal Narawi, Othman Awang
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.