Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Universiti Utara Malaysia
Articles

MENCARI TITIK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM NOVEL DAN FILEM POPULAR MELAYU
FINDING POINTS OF SIMILARITY AND DIFFERENCES IN MELAY POPULAR NOVELS AND FILM


Mohamad Azmi Ab Rahman
Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Phat A L Awang Deng
Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Picture in here are illustration from public domain image or provided by the author, as part of their works
Published October 30, 2016
Keywords
  • cinta,
  • kepopularan,
  • novel popular,
  • filem Melayu
How to Cite
Ab Rahman, M. A., & Awang Deng, P. A. L. (2016). MENCARI TITIK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM NOVEL DAN FILEM POPULAR MELAYU. Proceedings of The ICECRS, 1(1), picecrs.v1i1.653. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.653

Abstract

Karya kreatif bukan dihasilkan dari ruang kekosongan. Setiap satunya mempunyai asas dan merakamkan detik hati penciptanya untuk memperkatakan ‘sesuatu’ yang melingkari kehidupan manusia. Suatu realiti yang dekat dengan diri, masyarakat, dan persekitaran kerap kali digarapkan untuk memaparkan nilai atau persoalan kemanusiaan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan memperkatakan tentang kandungan atau tema dan persoalan yang dipaparkan dalam dua genre kreatif, iaitu novel dan filem yang masing-masing mendapat perhatian yang tinggi daripada khalayak pembaca, dan penonton. Untuk tujuan ini, novel popular yang diulang cetak 27 kali, Ombak Rindu (Fauziah Ashari,2012) dan filem dengan judul yang sama, “Ombak Rindu” dijadikan bahan penelitian tentang unsur persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua media itu; bercetak dan audio-video-visual (AVV). Selain itu, teks novel apabila dipindahkan atau ditransformasikan kepada filem, berlaku sama ada pengekalan, pengguguran, penambahan, pengubahsuaian atau pengekalan naratif, watak dan perwatakan, dialog, latar dan sebagainya. Namun yang dikekalkan ialah tema dan persoalan cinta yang pastinya menjadi popular dalam kalangan pembaca novel dan penonton filem Melayu khasnya.

Downloads

Download data is not yet available.

References

  1. A. Teeuw. (1995). Sastera dan ilmu sastera: Pengantar teori sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. Ali Atan. (2011,11 Disember). Ombak Rindu tragedi murahan. Mingguan Malaysia (Pancaindera), hlm. 12.
  3. Forster, E. M. (1979). Aspek-aspek novel. (Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  4. Fauziah Ashari. (2012). Ombak Rindu. Shah Alam: Alaf 21@ Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
  5. Maizura Mohd Ederis. (2013). Karya sastera dalam kandungan kreatif filem
  6. dan televisyen tempatan. Dlm. Prosiding Seminar Kebangsaan Pelajaran Kesusasteraan dalam PendidikanNegara 2013, 21 Disember 2013, hlm. 170-187. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia,
  7. Misran Rokimin. (2013). Dunia gelap wanita sukar melahirkan kepimpinan wanita: Penelitian dalam novel Ombak Rindu. Dlm. Misran Rokimin (pnylr.). Kritikan sastera remaja: Teori dan aplikasi, hlm. 15-26. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
  8. Mohd. Rasdan Ahmad (2011, 18 Disember). “Babak ranjang penting – Osman Ali” Dicapai daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=hiburan&pg=hi_12.htm
  9. Ombak Rindu tragedi murahan. (2011).Dicapai daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.arkib 11 Disember 2011.
  10. Osman Ali, (Penerbit). (2011). Ombak rindu [filem]. Kuala Lumpur: Tarantella Pictures &Nusantara Films Sdn. Bhd.
  11. Ombak rindu (DVD). Diedarkan dan hak cipta Dallas Entertaintment Ptd. Ltd.
  12. Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan. (2012). Dipetik daripada http://ms. wikipedia.org/wiki/ Senarai_filem_Malaysia_berdasarkan_kutipan.
  13. Sohaimi Abdul Aziz. (2011). Laskar Pelangi: Satu Penelitian Adaptasi Novel ke Filem (Laskar pelangi: A close study of the adaptation of novel to filem). Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities, 18 (1), 35-52.
  14. Sohaimi Abdul Aziz. (2014). Dahsyatnya kesusasteraan memerihalkan kehidupan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
  15. Wan Hasmah Wan Teh. (2013). Daripada kertas kepada layar: Tranformasi kisah Hang Tuah daripada Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin kepada “Puteri Gunung Ledang”. Dlm. Halimah Mohamed Ali & Mohamad
  16. Luthfi, (Eds.) Sastera dalam budaya dan media, hlm. 266-267. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.