Articles
DOI: 10.21070/icecrs.v3i0.137

Penggunaan Kaedah Pengajaran Flipped Classroom dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Matematik Tingkatan 4


Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
Malaysia
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
Malaysia
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
Malaysia
Flipped Classroom Pembelajaran aktif

Abstract

Sistem pendidikan kini sangat menitikberatkan pembelajaran abad ke-21 yang membawa maksud kepada pembelajaran berpusatkan  pelajar. Namun demikian kajian-kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih menggunakan  pendekatan konvensional yang menyebabkan penglibatan pelajar yang kurang dalam aktiviti pembelajaran. Maka pelajar akan berhadapan dengan kesukaran membina pengetahuan sendiri kerana ia menjurus kepada pembelajaran kurang aktif. Oleh itu, perlu ada satu kaedah pengajaran yang berupaya mengatasi  permasalahan tersebut selain menepati pembelajaran terkini seperti kaedah flipped classroom. Kaedah flipped classroom merupakan salah satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar yang menitikberatkan penglibatan pelajar secara aktif. Jesteru itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesediaan, tahap penglibatan dan tahap keberkesanan penggunaan kaedah flipped classroom dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tingkatan 4 di salah sebuah sekolah di Yan, Kedah. Respondennya terdiri daripada 60 orang pelajar yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan melalui pendekatan kuasi eksperimen iaitu melalui reka bentuk ujian pra dan ujian pasca. Satu set soal selidik juga telah digunakan untuk mengukur tahap kesediaan, tahap penglibatan dan tahap keberkesanan. Pengukuran keberkesanan kaedah flipped classroom pula telah dilakukan dengan menggunakan set ujian pra dan ujian pasca kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan, tahap penglibatan dan tahap keberkesanan berada pada tahap yang sederhana. Hasil dapatan ujian-t pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik. Hasil kajian juga turut menunjukkan bahawa penggunaan kaedah flipped classroom memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar.

References