Vol 3 (2019): Global Education: Perspectives, Innovations, Issues, and Challenges
Articles

Penggunaan Kaedah Pengajaran Flipped Classroom dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Matematik Tingkatan 4


Zolkefli Bahador
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Mohd Kasri Saidon
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Irdawati Ibrahim
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Picture in here are illustration from public domain image or provided by the author, as part of their works
Published November 21, 2019
Keywords
  • Flipped Classroom,
  • Pembelajaran aktif
How to Cite
Bahador, Z., Saidon, M. K., & Ibrahim, I. (2019). Penggunaan Kaedah Pengajaran Flipped Classroom dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Matematik Tingkatan 4 . Proceedings of The ICECRS, 3. https://doi.org/10.21070/icecrs.v3i0.137

Abstract

Sistem pendidikan kini sangat menitikberatkan pembelajaran abad ke-21 yang membawa maksud kepada pembelajaran berpusatkan  pelajar. Namun demikian kajian-kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih menggunakan  pendekatan konvensional yang menyebabkan penglibatan pelajar yang kurang dalam aktiviti pembelajaran. Maka pelajar akan berhadapan dengan kesukaran membina pengetahuan sendiri kerana ia menjurus kepada pembelajaran kurang aktif. Oleh itu, perlu ada satu kaedah pengajaran yang berupaya mengatasi  permasalahan tersebut selain menepati pembelajaran terkini seperti kaedah flipped classroom. Kaedah flipped classroom merupakan salah satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar yang menitikberatkan penglibatan pelajar secara aktif. Jesteru itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesediaan, tahap penglibatan dan tahap keberkesanan penggunaan kaedah flipped classroom dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tingkatan 4 di salah sebuah sekolah di Yan, Kedah. Respondennya terdiri daripada 60 orang pelajar yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan melalui pendekatan kuasi eksperimen iaitu melalui reka bentuk ujian pra dan ujian pasca. Satu set soal selidik juga telah digunakan untuk mengukur tahap kesediaan, tahap penglibatan dan tahap keberkesanan. Pengukuran keberkesanan kaedah flipped classroom pula telah dilakukan dengan menggunakan set ujian pra dan ujian pasca kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan, tahap penglibatan dan tahap keberkesanan berada pada tahap yang sederhana. Hasil dapatan ujian-t pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik. Hasil kajian juga turut menunjukkan bahawa penggunaan kaedah flipped classroom memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

References

[1] Azlina A.Rahman. (2014). Flipped Classroom Dalam Konteks Malaysia. Tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
[2] Baker, W. The “Classroom Flip”: Using Web Course Management Tools Too Become The Guide By The Side, 11th International Conference on College Teaching and Learning, Jacksonville, Florida, United State, Oct 10-12, 2000. In J. A. Chambers (Ed.); Jacksonville, 2000.
[3] Berrett, D. (2012). How 'Flipping' the Classroom Can Improve the Traditional Lecture. The Chronicle Of Higher Education, 7-14.
[4] Davis, P. and Rinvolucri, M. (1989). Dictation. Cambridge: Cambridge University Press.
[5] Deria. (2008). Guru-guru tiada di Sekolah Pada Masa Persekolahan.
http://deriakacamata.blogspot.my/2008/11/guru-guru-tiada-di-sekolah-pada-masa.html. Dimuat turun pada 28 Januari 2017.
[6] Diaz,V., McDaniel, S., Bonamici, A., Getman, J. & Edward, R. (2013). 7 Things You Should Know About Flipped Classrooms. EDUCAUSE Learning Initiative (ELI).
[7] Fulton, K. (2012). Upside Down and Inside Out: Flip Your Classroom To Improve Student learning. International Society for Technology In Education 1. 12-13.
[8] Graham, B. & Johnson. (2013). Student Perceptions Of The Flipped Classroom. The University Of British Columbia, Columbia.
[9] Marks, D. B. (2015). Flipping The Classroom: Turning An Instruction Methods Course Upside Down. Journal of College Teaching and Learning.Vol.12, No. 4.
[10] Marlowe, N. A. (2012). The Effect Of The Flipped Classroom On Student Achievement And Stress. Montana State University, Montana.
[11] Mohd Azaki, M.K & Zaidatun, T. (2014). Pembelajaran Berkonsepkan ‘Flipped’ Menerusi Aktiviti Projek. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
[12] Papert, S. (2000). The Children’s Machine: Rethinking School In The Age Of The Computer. New York: Basic Books.
[13] Roehl, A. & Linga, S.(2013). The flipped classroom: an opportunity to engage millennial students through active learning strategies. Jurnal International.Vol.105, No.2.
[14] Sekaran, U. (2003). Research method for business. A Skill Building Approach (4th Ed.), New York. John Wiley & Son, Inc.
[15] Siegle, D. (2013). Technology: Differentiating Instruction by Flipping The Classroom.Gifted Education and Talent Development, 37, 1-11.
[16] Tang Keow Ngang & Abdul Ghani Kanesan Abdullah (2006). Kesediaan dan keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi di sebuah sekolah. Jurnal Pendidikan, ms.79-92.